Tarikh : 26 Julai 2025
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk membantu pelajar menguasai teknik asas dan strategi yang berkesan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan kaedah penulisan yang mudah difahami, langkah demi langkah untuk menghasilkan karangan yang tersusun, serta tips menarik bagi meningkatkan mutu penulisan. Pendekatan yang santai tetapi padat dengan isi menjadikan sesi ini bermanfaat dan menyeronokkan. Terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan pihak yang terlibat. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam penulisan dan pembelajaran seharian!