Tarikh : 11 September 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk membimbing peserta dalam menghasilkan surat perjanjian pelaburan yang lengkap dan sah untuk perniagaan di samping untuk memastikan usahawan memahami kepentingan dokumen perjanjian dalam pelaburan ini.
Aktivti
Surat perjanjian pelaburan ini adalah dokumen bertulis yang menggariskan peraturan dan persetujuan antara rakan kongsi dalam sesebuah perniagaan. Petugas memberikan penerangan tentang kepentingan surat perjanjian pelaburan dalam perniagaan, asas-asas undang-undang yang terlibat, pengajaran tentang komponen utama dalam surat perjanjian pelaburan seperti maklumat pihak-pihak terlibat, butiran pelaburan, hak dan tanggungjawab, terma dan syarat, serta klausa penamatan. Melalui kelas ini, peserta akan mendapat kemahiran dalam menghasilkan dokumen perjanjian yang sah dan profesional dan juga dengan adanya dokumen perjanjian yang jelas dan lengkap, peserta boleh meningkatkan keyakinan pelabur dan memudahkan proses mendapatkan pelaburan.