Tarikh : 14 September 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif kelas ini adalah untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan menghayati sirah baginda. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk minat peserta terhadap peristiwa penting dalam Islam, sambil mengembangkan kreativiti mereka melalui seni mewarna.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai sirah dan sejarah Maulidur Rasul seperti kisah hidup dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W, yang dapat memupuk kecintaan dan penghormatan terhadap Rasulullah. Kemudian, peserta perlu mewarna mengikut kreativiti masing-masing dan mereka perlu menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengekspresikan kreativiti mereka melalui seni mewarna, sambil mempelajari teknik warna dan memperkaya imaginasi. Pertandingan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk menyemai nilai-nilai murni dan penghargaan terhadap warisan Islam.