mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) ICT – Pertandingan Hasilkan Poster Hari Malaysia vs Maulidur Rasul 2024 Menggunakan CANVA

Tarikh   : 15 September 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Kelas diadakan bertujuan untuk menggalakkan peserta untuk memahami dan menghargai dua perayaan penting dalam konteks negara dan agama, sambil membina kemahiran reka bentuk digital mereka. Ia juga bertujuan memupuk rasa cinta kepada tanah air dan menghayati akhlak Nabi Muhammad S.A.W. 

Aktiviti

Petugas memberikan taklimat ringkas mengenai makna dan kepentingan Hari Malaysia serta Maulidur Rasul, dan bagaimana tema-tema ini boleh diterjemahkan dalam bentuk poster yang kreatif dan bermakna. Kemudian, peserta akan diberi masa untuk menghasilkan poster menggunakan Canva. Mereka boleh memilih sama ada ingin menghasilkan poster bertemakan Hari Malaysia atau Maulidur Rasul atau menggabungkan kedua-duanya. Setelah selesai, petugas akan menilai poster berdasarkan kreativiti, kesesuaian dengan tema, keunikan, dan penggunaan elemen-elemen Canva. Kelebihannya adalah dengan menggunakan Canva sebagai platform reka bentuk digital dapat membantu peserta meningkatkan literasi teknologi mereka, yang merupakan kemahiran penting di dunia moden. Melalui tema Hari Malaysia dan Maulidur Rasul, peserta akan lebih memahami dan menghargai dua sambutan penting ini, sekali gus memupuk rasa cinta kepada tanah air dan kecintaan kepada agama Islam. Pertandingan menghasilkan poster menggunakan Canva ini bukan sahaja membina kemahiran teknologi dan kreativiti peserta, tetapi juga memperkukuhkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai patriotisme dan agama.

Galeri Foto