mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) E-Learning – Word Search Puzzle Hari Malaysia 2024

Tarikh   : 18 September 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Diadakan bertujuan mengasah kemahiran kognitif seperti kecekapan mencari perkataan, tumpuan, dan penyelesaian masalah di kalangan peserta sambil memupuk semangat patriotisme selain memperkenalkan peserta kepada sejarah, budaya, dan warisan Hari Malaysia dengan cara yang menyeronokkan. 

Aktiviti 

Peserta akan diberi masa untuk menyelesaikan Word Search Puzzle tersebut dengan mencari semua perkataan yang tersembunyi. Mereka perlu mencari perkataan dalam masa yang ditetapkan, dan yang paling cepat serta tepat akan diisytiharkan sebagai pemenang. Melalui pertandingan ini, peserta akan lebih memahami dan menghargai sejarah, budaya, dan warisan Malaysia melalui perkataan-perkataan yang digunakan dalam Word Search Puzzle, yang semuanya berkaitan dengan tema Hari Malaysia. Pertandingan ini merupakan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berinformasi, yang menggabungkan elemen pendidikan dengan hiburan.

Galeri Foto