mcmc
Laporan Aktiviti

Siri Jelajah Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kedah dan Perak

Tarikh   : 21-23 September 2024

Masa    : 3Hari 2Malam

Tempat : Resort Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah

Peserta : Pengurus NADI Kedah dan Perak

Tujuan

Siri Jelajah Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kedah dan Perak telah berlangsung pada 21 sehingga 23 September 2024 yang bertempat di Resort Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah. Program tiga hari dua malam ini melibatkan kesemua Pengurus NADI di Negeri Kedah dan Perak yang bertujuan untuk memperkenalkan dan memperincikan inisiatif Program Perkhidmatan Pintar di NADI seluruh Malaysia.

Aktiviti 

Siri Jelajah ini akan menerangkan 5 Tiang Utama bagi program yang akan dijalankan di NADI untuk memberi kelangsungan peranan NADI ialah NADI x Keusahawanan, NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat, NADI x Kesejahteraan Kendiri, NADI x Kesedaran dan NADI x Inisiatif Kerajaan. Dengan langkah-langkah ini, NADI akan terus berperanan dalam menyebarkan maklumat dan memberi manfaat kepada komuniti setempat. Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kejayaan NADI dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih inklusif dan efektif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Galeri Foto