mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) STEM – Lego Challenge

Tarikh   : 25 September 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : SJK(C) Kuala Ketil

Peserta : Pelajar Sekolah SJK(C) Kuala Ketil

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk mengasah kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah, inovasi, dan kerja berpasukan di kalangan peserta sambil memberi mereka peluang untuk meneroka konsep-konsep kejuruteraan dan teknologi secara interaktif. 

Aktiviti 

Peserta akan diberi penerangan ringkas tentang Lego Challenge dan bagaimana ia boleh membantu membina kemahiran dalam bidang STEM. Cabaran ini akan disesuaikan dengan konsep kejuruteraan asas seperti keseimbangan, kestabilan, dan daya. Seterusnya, setiap peserta perlu merancang strategi mereka sebelum memulakan pembinaan dan perlu menyelesaikan dalam masa yang ditetapkan oleh petugas. Melalui aktiviti ini, ia akan mendorong peserta untuk berfikir secara kritikal dan menggunakan kreativiti mereka dalam membina struktur yang inovatif dan juga peserta dapat memahami aplikasi konsep sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dalam kehidupan sebenar, yang meningkatkan minat mereka terhadap bidang STEM.

Galeri Foto