Tarikh : 04 Oktober 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada kemahiran asas Microsoft Word, khususnya dalam memasukkan dan mengedit gambar dalam dokumen. memperkenalkan fungsi asas Microsoft Word dan kepentingan penggunaan gambar dalam dokumen seperti laporan, projek, dan sebagainya.
Aktiviti
Kemudian, peserta akan dibimbing untuk mencari dan memuat turun gambar yang sesuai dari Google, dengan penekanan terhadap penggunaan imej yang sah melalui pilihan alat hak cipta Google. Peserta akan mempelajari langkah-langkah untuk memasukkan gambar ke dalam dokumen Word, dan juga diajar cara untuk menggabungkan gambar dengan teks dengan menggunakan pelbagai pilihan format seperti Text Wrapping (Square, Tight, Behind Text) untuk memastikan gambar dan teks kelihatan tersusun dalam dokumen. Melalui kelas ini, peserta akan memahami cara mengambil gambar dari Google secara sah, seterusnya peserta akan menguasai teknik memasukkan dan mengedit gambar dalam dokumen Word, meningkatkan kemahiran komputer asas mereka. Kelas ini memberikan peserta kemahiran penting dalam menggunakan Microsoft Word secara efektif dengan menggabungkan gambar dalam dokumen, sekaligus menjadikan hasil kerja mereka lebih menarik dan profesional.