Tarikh : 05 Oktober 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menaip peserta ke Tahap 2, di mana mereka akan memperbaiki kelajuan dan ketepatan menaip menggunakan laman web pendidikan.
Aktiviti
Petugas memulakan sesi dengan penerangan mengenai kepentingan menaip yang cepat dan tepat, serta bagaimana kemahiran ini boleh membantu dalam menyelesaikan tugas dengan lebih efisien. Peserta akan diberikan akses kepada laman web pendidikan yang menawarkan latihan menaip seperti TypingClub, dan lain-lain lagi. Petugas membimbing peserta bagaimana untuk log masuk dan memilih modul menaip Tahap 2, yang memfokuskan kepada latihan menggunakan semua jari dan mengenali kombinasi kekunci yang lebih kompleks. Sepanjang latihan, fasilitator akan memantau kelajuan menaip dan ketepatan peserta melalui laman web tersebut, yang menyediakan laporan kemajuan secara automatik. Melalui kelas ini, peserta akan mencapai peningkatan ketara dalam kelajuan dan ketepatan menaip mereka, yang membolehkan mereka menyelesaikan tugas digital dengan lebih cekap seterusnya membantu mereka dalam menghasilkan dokumen, laporan, dan kerja rumah dengan lebih pantas dan produktif. Tuntasnya, kebolehan menaip pantas dan tepat adalah satu aset penting dalam dunia moden yang memerlukan kemahiran digital yang tinggi.