Tarikh : 10 Oktober 2024
Masa : 11.00 am – 1.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memberi kemahiran digital yang diperlukan oleh peserta dalam mengurus fail melalui Google Drive dan laman web permohonan pekerjaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu serta membimbing peserta untuk melakukannya dengan cara atau mengikuti panduan dengan betul.
Aktiviti
Peserta akan belajar cara memuat naik, menamakan semula, berkongsi fail di Google Drive, serta cara memuat turun fail penting dari laman web MQA untuk urusan permohonan pekerjaan. Melalui kelas ini, peserta akan diberi bimbingan serta panduan langkah demi langkah untuk memuat naik fail ke dalam folder di Google Drive dan cara untuk menamakan semula folder tersebut bagi memudahkan pengurusan. Kemudian, peserta mempelajari cara untuk berkongsi pautan folder kepada umum, termasuk cara mengawal tahap akses pengguna lain dan juga mempelajari cara mencari dan memuat turun fail dari laman web MQA yang diperlukan untuk urusan permohonan pekerjaan, seperti sijil akreditasi. Impaknya adalah peserta akan menguasai kemahiran asas yang penting dalam pengurusan fail dan dokumen, yang dapat digunakan dalam pelbagai situasi profesional. Kelas ini juga akan membantu peserta untuk lebih bersedia dalam urusan permohonan pekerjaan dengan memahami cara mengurus dokumen secara efektif. Dengan kemahiran yang diperoleh dalam kelas ini, peserta akan lebih yakin dan cekap dalam mengurus fail melalui Google Drive serta menguruskan dokumen penting untuk permohonan pekerjaan.