Tarikh : 25 Oktober 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada kemahiran asas dalam menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan slaid yang kreatif.
Aktiviti
Melalui tema Deepavali, pelajar diberi peluang untuk memahami cara membuat rekaan teks (wording) yang menarik, belajar tentang seni grafik, dan lain-lain lagi. Melalui kelas ini, pelajar diperkenalkan kepada fungsi asas dalam PowerPoint, seperti memilih font, warna, animasi teks, dan elemen grafik yang sesuai untuk menghasilkan rekaan bertema. Kemudian pelajar akan memilih ucapan atau kata-kata bertemakan Deepavali dan mencipta reka bentuk yang menarik menggunakan pelbagai alat seperti WordArt, Shape, dan ikon PowerPoint. Pelajar diberi panduan untuk menambah animasi dan transisi pada teks dan grafik agar slaid kelihatan lebih dinamik dan menarik. Kelebihannya adalah pelajar mempelajari teknik menggunakan PowerPoint untuk menghasilkan slaid yang profesional dan menarik, yang bermanfaat dalam pembelajaran mereka. Diharapkan kelas ICT ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar dalam menghasilkan rekaan teks yang kreatif dan berkualiti menggunakan Microsoft PowerPoint.