Tarikh : 29 Oktober 2024
Masa : 8.00 am – 1.00 pm
Tempat : SMK Kuala Pegang
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Booth Safe & Shield dibuka sempena Hari Kokurikulum di SMK Kuala Pegang dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan digital dan perlindungan identiti. Melalui pelbagai aktiviti interaktif, booth ini bertujuan untuk memberikan maklumat penting kepada pelajar mengenai ancaman siber serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi maklumat peribadi mereka dalam dunia digital.
Aktiviti
Antara Aktiviti-aktivti yang dijalankan mempromosi NADI, pendaftaran MyDigital ID, Word Search Safe & Shield, crossword KDB, Jigsaw Puzzle (KDB dan Safe & Shield), Jengga Tower dan Block Wooden Challenge. Melalui pembukaan booth Safe & Shield ini, peserta akan mendapat banyak manfaat, terutamanya dari segi pengetahuan tentang keselamatan dalam talian melalui informasi Safe & Shield. Mereka akan belajar tentang Perlindungan Identiti dan Data Peribadi iaitu pelajar akan mendapat pemahaman tentang cara melindungi identiti mereka di alam maya serta kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi. Selain itu, Kesedaran tentang Risiko Siber di mana informasi dari Safe & Shield memberi pendedahan tentang pelbagai jenis ancaman siber dan cara-cara mengelakkannya, seperti tidak berkongsi maklumat sensitif secara terbuka. Booth ini memberi panduan kepada pelajar untuk menggunakan teknologi dengan bijak dan mengamalkan etika yang baik dalam talian. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan informatif yang disediakan di booth Safe & Shield, diharapkan para pelajar akan memperoleh pengetahuan yang berharga tentang keselamatan digital dan cara menjaga identiti dalam talian. Semoga usaha ini dapat membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menjadi pengguna digital yang bijak dan bertanggungjawab, menjadikan mereka lebih peka terhadap ancaman siber dan bijak dalam melindungi maklumat peribadi di era digital ini.