mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Koperasi, Keusahawanan, Kerjaya dan Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI di SMK Tunku Putera

Tarikh   : 28 Oktober 2024

Masa    : 8.00 am – 1.00 pm

Tempat : SMK Tunku Putera, Baling

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Booth Safe & Shield dibuka sempena Hari Koperasi di SMK Tunku Putera dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan digital dan perlindungan identiti. Melalui pelbagai aktiviti interaktif, booth ini bertujuan untuk memberikan maklumat penting kepada pelajar mengenai ancaman siber serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi maklumat peribadi mereka dalam dunia digital.

Aktiviti

Antara aktiviti-aktivti yang dijalankan ialah Pengenalan kepada NADI, Pengenalan kepada 5 Pillars NADI, Taklimat Safe and Shield, STEM – Jengga Challenge, E-Learning – Jigsaw Digital dan Pembukaan Kioks My Digital ID. Para pelajar akan mempelajari tentang Perlindungan Identiti dan Data Peribadi iaitu pelajar akan mendapat pemahaman tentang cara melindungi identiti mereka di alam maya serta kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi. Selain itu, kesedaran tentang Risiko Siber di mana informasi dari Safe & Shield memberi pendedahan tentang pelbagai jenis ancaman siber dan cara-cara mengelakkannya, seperti tidak berkongsi maklumat sensitif secara terbuka. Booth ini memberi panduan kepada pelajar untuk menggunakan teknologi dengan bijak dan mengamalkan etika yang baik dalam talian. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan informatif yang disediakan di booth Safe & Shield, diharapkan para pelajar akan memperoleh pengetahuan yang berharga tentang keselamatan digital dan cara menjaga identiti dalam talian. Semoga usaha ini dapat membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menjadi pengguna digital yang bijak dan bertanggungjawab, menjadikan mereka lebih peka terhadap ancaman siber dan bijak dalam melindungi maklumat peribadi di era digital ini.