mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI) Kelas E-Learning Tahap 1

Tarikh   : 27 Disember 2024

Masa    : 10.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Bertujuan untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada pembelajaran interaktif melalui aktiviti digital. Sesi ini menggabungkan elemen kreatif, teknologi, dan pendidikan, memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Aktiviti

Peserta mempelajari cara memilih warna, menggunakan alat lukisan, dan melengkapkan karya seni mereka melalui permainan pendidikan di dalam talian (online). Petugas juga memperkenalkan permainan interaktif yang membantu peserta belajar mengenal nombor, huruf, atau konsep asas lain seperti latihan asas menaip yang menyeronokkan, seperti menaip nama sendiri atau ayat mudah. Kelebihannya adalah ia dapat meningkatkan kemahiran asas komputer seperti menggunakan tetikus, papan kekunci, dan navigasi dalam peranti. Kelas ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membekalkan kemahiran berguna yang dapat menyokong perkembangan peserta secara menyeluruh.