Tarikh : 07 & 11 Januari 2025
Masa : 9.30 am – 10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Terbuka
Tujuan
Sesi ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang perkembangan telefon pintar dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan seharian. Peserta juga diberi peluang untuk memahami fungsi dan kegunaan pelbagai aplikasi yang terdapat pada telefon pintar.
Aktiviti
Pada minggu ketiga NADI MAHIR x Mahir Gajet, peserta mempelajari sejarah telefon pintar dan evolusinya dari masa ke masa. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan mengenai komponen-komponen asas dalam telefon pintar serta teknologi terkini yang digunakan dalam gajet. Melalui kelas ini, peserta kini lebih memahami evolusi teknologi gajet dan pengaruhnya terhadap kehidupan moden.