mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat Safe and Shield Sekolah Rendah Tahfiz Sains Al-Falah

Tarikh   : 05 Januari 2025

Masa    : 10.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : Sek Rendah Tahfiz Sains Al-Falah

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Taklimat Safe and Shield di Sekolah Rendah Tahfiz Sains Al-Falah bertujuan untuk mewujudkan dunia digital yang lebih selamat dengan memperkasakan pelajar melalui pengetahuan digital serta amalan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab. Program ini menekankan kepentingan keselamatan dalam talian, kesedaran terhadap ancaman siber, dan langkah-langkah perlindungan privasi.

Aktiviti

Sepanjang sesi, pelajar diperkenalkan kepada NADI serta konsep 5 Pillars NADI yang merangkumi aspek keselamatan digital. Taklimat ini juga memberi penerangan terperinci mengenai Safe and Shield, diikuti dengan tayangan video yang menarik untuk memberikan gambaran lebih jelas tentang kepentingan keselamatan dalam dunia digital. Sesi turut diakhiri dengan sesi soal jawab yang membolehkan pelajar mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai topik yang dibincangkan.

Diharapkan melalui program ini, pelajar dapat membina kesedaran tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab serta mengamalkan tabiat digital yang baik dalam kehidupan seharian mereka.