mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat Safe and Shield SMK Tunku Putera

Tarikh   : 13 Januari 2025

Masa    : 10.00 am – 12.00 pm

Tempat : SMK Tunku Putera, Baling

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Taklimat Safe & Shield di SMK Tunku Putera bertujuan untuk memperkenalkan konsep keselamatan dalam talian serta mendidik pelajar mengenai tanggungjawab digital. Program ini memberi penekanan kepada langkah-langkah penting dalam memastikan privasi dan keselamatan semasa melayari internet, selain membentuk kesedaran tentang ancaman siber yang wujud dalam dunia digital. Melalui sesi ini, pelajar didorong untuk mengamalkan tabiat digital yang baik bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti

Taklimat ini merangkumi beberapa aktiviti utama, termasuk pengenalan kepada NADI dan lima tonggaknya, sesi penerangan mengenai Safe and Shield, tayangan video berkaitan keselamatan siber, serta sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu berkaitan keselamatan digital. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran yang lebih tinggi kepada pelajar mengenai kepentingan perlindungan data peribadi serta langkah-langkah pencegahan dalam menghadapi ancaman siber.