mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Foto (Minggu Ke-9)

Tarikh   : 13 & 15 Januari 2025

Masa    : 9.30 pagi- 10.30 am | 2.30 – 3.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada peserta mengenai penggunaan studio lighting dalam fotografi, membantu mereka meningkatkan kemahiran teknikal, dan memperhalusi kreativiti dalam menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.

Aktiviti

Sesi terkini NADI MAHIR x Mahir Foto memfokuskan kepada teknik mengambil gambar menggunakan studio lighting. Peserta mempelajari asas pencahayaan studio, termasuk cara mengatur peralatan pencahayaan, mengawal intensiti cahaya, dan mencipta mood tertentu untuk hasil fotografi yang profesional. Dengan pengetahuan ini, peserta diharapkan dapat memanfaatkan teknik pencahayaan studio untuk mengembangkan kemahiran fotografi mereka ke tahap yang lebih profesional.