Tarikh : 18 Januari 2025
Masa : 3.00 pm – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Program Kelas Tiramisu Viral ini terbuka kepada komuniti dan sesuai bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil dari rumah. Peserta berpeluang mempelajari rahsia membuat tiramisu kek yang lazat dan menarik, lengkap dengan resepi eksklusif yang boleh dijadikan sebagai produk jualan.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara tutorial tanpa amali, di mana peserta akan diberi panduan langkah demi langkah dalam proses pembuatan tiramisu. Melalui sesi ini, mereka dapat memahami teknik penyediaan dengan lebih mudah, termasuk pemilihan bahan yang berkualiti, teknik penyusunan lapisan, serta cara penyajian yang menarik.
Antara kelebihan program ini ialah ia bukan sahaja memberi pengetahuan asas dalam pembuatan tiramisu, tetapi juga membuka peluang kepada peserta untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan dari rumah. Dengan modal yang rendah dan permintaan tinggi, tiramisu boleh menjadi pilihan perniagaan yang menguntungkan.
Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan makanan, sambil mengembangkan kemahiran dalam penyediaan pencuci mulut yang popular.