Tarikh : 20 & 22 Januari 2025
Masa : 9.30 pagi- 10.30 am | 4.00 – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Pada minggu ke-10 NADI MAHIR x Mahir Foto, peserta mempelajari asas suntingan gambar dalam fotografi. Modul ini merangkumi teknik-teknik penting seperti penyelarasan cahaya, warna, dan komposisi menggunakan perisian penyuntingan.
Aktiviti
Peserta diajar cara meningkatkan kualiti gambar serta memberi kesan profesional pada hasil fotografi mereka. Program ini bertujuan untuk membekalkan kemahiran asas suntingan yang dapat mempertingkatkan kreativiti dan hasil kerja peserta dalam bidang fotografi. Melalui pembelajaran ini, peserta diharapkan lebih yakin mengolah gambar dan menghasilkan karya visual yang menarik.