mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR x Mahir Masak (Minggu Ke-6)

Tarikh   : 25 Januari 2025

Masa    : 9.30 pagi- 10.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)

Peserta : Wanita

Tujuan

Walaupun sesi ini tidak melibatkan aktiviti amali, ia bertujuan untuk memberi pemahaman mendalam kepada peserta mengenai pembuatan Korean Garlic Cheese Bun, sekali gus membolehkan mereka mempraktikkannya sendiri di rumah.

Aktiviti

Pada minggu ini, peserta didedahkan dengan modul khas mengenai Korean Garlic Cheese Bun, iaitu sejenis roti popular yang menjadi trend di peringkat antarabangsa. Modul ini meliputi pengenalan tentang Korean Garlic Cheese Bun serta penerangan terperinci mengenai cara pembuatannya, termasuk bahan-bahan dan teknik yang diperlukan. Program ini membantu peserta mempelajari asas dalam penyediaan pastri moden, yang berpotensi menjadi inspirasi untuk mencuba atau memulakan perniagaan kecil dalam bidang masakan.