Tarikh : 25 Januari 2025
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang peristiwa Israk Mikraj melalui pendekatan teknologi, di samping memupuk daya saing dan semangat kerjasama dalam suasana yang positif.
Aktiviti
Kelas ini diadakan khas sempena Sambutan Israk Mikraj 1446H, dengan aktiviti utama berupa pertandingan Kuiz Kahoot. Kuiz interaktif ini menguji pengetahuan peserta mengenai peristiwa penting Israk Mikraj dalam sejarah Islam, sambil menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Peserta berpeluang mengasah kemahiran berfikir secara pantas dan kritis, sambil menghayati makna di sebalik peristiwa bersejarah ini.