Tarikh : 06-08 Februari 2025
Masa : 3 hari 2 malam
Tempat : Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani
Peserta : Penolong Pengurus
Tujuan
Training E-System Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sesi 2 bagi negeri Kedah dan Perlis telah berlangsung di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani, Kedah, dari 6 hingga 8 Februari 2025. Program ini bertujuan untuk memperkasakan peserta dengan kemahiran dalam penggunaan e-system CMS NADI, memahami proses saringan Wellbeing, serta memberi ruang untuk sesi soal jawab pada hari pertama.
Aktiviti
Hari kedua akan memfokuskan kepada pensijilan CyberSAFE Ambassador oleh CyberSecurity Malaysia, yang merangkumi modul Introduction to Cyber Security Landscape, keselamatan media sosial, serta ancaman siber dalam kehidupan harian. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Training Apps for Komuniti MADANI.
Pada hari terakhir, peserta akan menyelesaikan modul Cyber Security in Daily Life, membentangkan tugasan serta menjalani penilaian. Program ini akan diakhiri dengan majlis perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Puan Norrazlina Binti Nordin, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Perlis.