Tarikh : 20, 21 & 22 Februari 2025 (Khamis, Jumaat dan Sabtu )
Masa : 9.30 am – 10.30 am | 3.00pm – 5.00 pm | 2.30 pm- 5.00pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Modul ini bertujuan untuk membina asas yang kukuh bagi mereka yang berminat dalam bidang jahitan, sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai permulaan ke arah keusahawanan.
Aktiviti
Minggu ini, peserta akan didedahkan dengan pengenalan asas jahitan, termasuk objektif dan kepentingannya dalam dunia jahitan. Mereka akan mempelajari asas jahitan tangan dan mesin, yang merupakan kemahiran penting sebelum beralih ke tahap yang lebih kompleks. Selain itu, peserta juga akan mengenali alatan menanda dan menggunting, serta mempelajari teknik mengukur, menulis ukuran, dan lain-lain.