mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Nurture DiLea : Program Khas – Seminar Motivasi Pelajar

Tarikh   : 22 Februari 2025

Masa    : 3.00 pm – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

NADI-Nurture DiLea telah menganjurkan Program Khas – Seminar Motivasi Pelajar yang ditujukan khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. Seminar ini bertujuan untuk memberikan inspirasi, meningkatkan keyakinan diri, serta membentuk mindset yang positif dalam akademik dan kehidupan seharian.

Aktiviti

Melalui seminar ini, pelajar didedahkan kepada pelbagai strategi bagi meningkatkan motivasi dan semangat belajar supaya mereka lebih berdisiplin dan berdaya saing. Selain itu, mereka juga dibantu dalam menetapkan matlamat yang jelas serta membina hala tuju masa depan yang lebih terancang. Antara aspek penting yang ditekankan ialah teknik dan strategi dalam menghadapi cabaran akademik, termasuk pengurusan masa, kawalan emosi, dan teknik pembelajaran yang lebih berkesan.

Diharapkan seminar ini memberi manfaat kepada para pelajar serta menjadi titik permulaan untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai!