mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Safe and Shield : Webinar ‘Saya Mesti Kena Elak Dari Buli Siber’ – Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib

Tarikh   : 25 Februari 2025

Masa    : 3.00 pm – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

NADI X Safe and Shield telah menganjurkan Webinar bertajuk “Saya Mesti Kena Elak Dari Buli Siber”, yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib. Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu buli siber yang semakin berleluasa serta memberi panduan kepada peserta mengenai cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa atau pelaku buli dalam talian.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk buli siber, kesannya terhadap individu serta masyarakat, dan langkah-langkah perlindungan yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan digital mereka. Dr. Ariffin turut berkongsi strategi berkesan untuk menangani buli siber, termasuk kepentingan melaporkan kejadian buli, mengawal privasi dalam talian, serta membina kepekaan dan empati terhadap pengguna internet yang lain.

Diharapkan webinar ini dapat memberikan kesedaran yang lebih mendalam kepada peserta dan membantu mereka menjadi pengguna digital yang lebih bertanggungjawab. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!