Tarikh : 25 Februari 2025
Masa : 9.30 am – 10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam penyelenggaraan peranti serta membantu mereka mengenali masalah teknikal yang biasa berlaku pada telefon pintar.
Aktiviti
Pada minggu ini, peserta didedahkan kepada topik mengenal pasti kerosakan pada skru serta memahami peranan dan fungsinya dalam peranti elektronik. Selain itu, mereka juga mempelajari perisian (software) yang digunakan dalam telefon pintar, termasuk sistem operasi dan aplikasi penting. Bagi menguji pemahaman mereka, peserta turut diminta menjawab kuiz yang disediakan.