Tarikh : 27, 28 Februari & 1 Mac 2025 (Khamis | Jumaat | Sabtu)
Masa : 9.30 am – 10.30 am | 3.00pm – 5.00 pm | 2.30 pm- 5.00pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Online melalui Google Meet)
Peserta : Wanita
Tujuan
Pada minggu keempat NADI MAHIR x Mahir Jahit, peserta mempelajari pelbagai teknik jahitan, bermula dari jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, mereka turut didedahkan kepada penggunaan mesin jahit serta cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik.
Aktiviti
Sesi ini merangkumi beberapa pengisian utama, termasuk pengenalan asas jahitan tangan, teknik jahitan menggunakan tangan dan mesin, serta penerangan mengenai alatan dan bahan yang digunakan dalam proses jahitan. Peserta juga mempelajari jahitan asas tangan serta jahitan asas menggunakan mesin bagi memastikan mereka lebih mahir dalam kedua-dua teknik ini. Sebagai pengukuhan, peserta turut menjalani latihan amali bagi mempraktikkan jahitan asas yang telah dipelajari. Sesi ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada dunia jahitan tetapi juga membina kemahiran asas yang berguna dalam kehidupan seharian serta membuka peluang ke arah bidang jahitan yang lebih profesional.