mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Maxis eKelas Usahawan – Empowering Malaysian Entrepreneurs Through Digital Marketing

Tarikh   : 28 Februari 2025

Masa    : 9.00 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Wanita

Tujuan

Melalui program ini, peserta didedahkan kepada pelbagai strategi yang dapat membantu mereka meningkatkan kehadiran perniagaan dalam talian serta menarik lebih ramai pelanggan. Modul pembelajaran merangkumi beberapa topik utama seperti strategi pemasaran digital, teknik penulisan iklan yang berkesan, serta kemahiran fotografi digital bagi menghasilkan kandungan visual yang menarik.

Aktiviti

Program NADI X Maxis eKelas Usahawan bertujuan untuk memperkasakan usahawan Malaysia melalui pemantapan kemahiran pemasaran digital. Selain itu, peserta turut diajar cara merancang serta mengukur impak strategi pemasaran yang digunakan. Dengan pendedahan ini, program ini bukan sahaja membantu peserta menguasai pemasaran digital tetapi juga memberi mereka kelebihan daya saing dalam dunia perniagaan moden.