Tarikh : 20 Februari 2025
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : SMK Agama Baling
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program STEM bersama SMK Agama Baling bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah serta meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, program ini juga membantu pelajar mengasah kemahiran praktikal dan mendorong kreativiti dalam menyelesaikan tugasan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengenalan kepada NADI serta Safe and Shield, yang memberikan pendedahan kepada konsep keselamatan dan inovasi. Pelajar turut menyertai aktiviti STEM yang menyeronokkan seperti Lontaran Graviti, yang menguji pemahaman tentang daya dan pergerakan, serta Stack the Cup Challenge, yang menggalakkan strategi dan ketangkasan dalam menyusun cawan secara kreatif. Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menginspirasi pelajar dalam bidang STEM.