Tarikh : 12 April 2025
Masa : 2.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Live dari Studio NADI Mahir)
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan penganjuran program MAHIR Short Learning Series: Tips untuk Content Creator ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang penciptaan kandungan digital, khususnya dari sudut penggunaan fotografi sebagai medium penyampaian yang efektif. Melalui perkongsian bersama En. Fahmi Samsudin, pensyarah Diploma Fotografi dari UiTM Lendu Melaka, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik asas dan strategi praktikal yang boleh membantu dalam membina kandungan yang menarik, autentik dan berkualiti tinggi.
Aktiviti
Telah berjaya dianjurkan di bawah inisiatif NADI MAHIR X Mahir Foto, program Mahir Short Learning Series : Tips Untuk Content Creator ini memberi pendedahan berguna kepada peserta tentang dunia penciptaan kandungan digital yang semakin berkembang pesat.
Menampilkan En. Fahmi Samsudin, pensyarah Diploma Fotografi dari UiTM Lendu, Melaka, sesi ini menyampaikan pelbagai tips praktikal dan strategi kreatif untuk membantu peserta menjadi content creator yang bukan sahaja kreatif, tetapi juga berilmu, beretika dan bijak menyampaikan mesej.
Antara yang dikongsikan termasuklah cara membina identiti kandungan yang autentik, teknik fotografi asas untuk media sosial, serta kepentingan memahami audiens dalam menghasilkan kandungan yang relevan dan berimpak.
Diharapkan melalui sesi ini, lebih ramai peserta dapat meneroka potensi dalam bidang penciptaan kandungan digital dengan lebih yakin dan profesional, selari dengan keperluan semasa industri kreatif.