mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Micro:bit & Robotik (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 2)

Tarikh   : 19 April 2025

Masa    : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas penggunaan Micro:bit dan juga penggunaan Micro:bit Motor Driver Expansion Board.

Aktiviti

Telah dilaksanakan sebagai kesinambungan kepada sesi pertama, dan terus memberi pendedahan mendalam kepada pelajar sekolah rendah dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan asas. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr Rosalena Irma, Pensyarah Kanan dalam Pengajian Kejuruteraan Elektrik dari Kolej Pengajian Kejuruteraan, yang turut berperanan sebagai mentor dalam program Tiny Techies.

Dalam sesi ini, dua pelajar sekolah rendah terpilih mewakili NADI berpeluang mempelajari konsep asas penggunaan Micro:bit, sebuah papan litar popular dalam dunia pendidikan STEM. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan Micro:bit Motor Driver Expansion Board, yang membolehkan mereka mengawal pergerakan motor dan membina projek robotik asas dengan lebih efektif.

Bengkel ini bukan sahaja membina asas dalam kemahiran teknikal, malah turut menggalakkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Ia merupakan satu usaha untuk menyemai minat awal terhadap teknologi dan inovasi digital dalam kalangan generasi muda.

Gambar di sini