Tarikh : 14 Mei 2025
Masa : 12.00 – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Belia
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti, khususnya golongan lelaki, tentang bahaya tekanan darah tinggi serta kepentingan mencegahnya lebih awal. Melalui pendekatan yang santai dan mudah difahami, program ini memberi penekanan kepada perubahan gaya hidup sihat seperti pengamalan pemakanan seimbang, senaman secara konsisten, dan pengurusan tekanan emosi. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aktiviti fizikal praktikal yang boleh diamalkan dalam rutin harian, tanpa perlu ke gim atau menggunakan peralatan khas.
Aktiviti
Dalam sesi yang dikendalikan oleh Coach Amirah, peserta lelaki diberikan panduan mudah dan praktikal mengenai cara mencegah tekanan darah tinggi melalui senaman yang sesuai, pemakanan sihat, dan perubahan gaya hidup. Program ini mendapat sambutan hangat dan memberikan manfaat besar dalam meningkatkan kesedaran serta motivasi peserta untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga ilmu yang dikongsi dapat diaplikasi dalam kehidupan harian untuk kesejahteraan jangka panjang!