Tarikh : 16 Mei 2025
Masa : 10.00 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap pentingnya komunikasi yang sihat, terbuka dan bebas unsur toksik dalam dunia e-sukan.
Aktiviti
Program ini memberi pendedahan tentang bagaimana bahasa dan interaksi yang digunakan dalam permainan dalam talian boleh memberi kesan kepada psikologi pemain serta membentuk budaya komuniti digital yang positif. Peserta turut diberikan ilmu serta pensijilan asas sebagai pengiktirafan atas komitmen mereka dalam menyokong ekosistem e-sukan yang lebih selamat dan inklusif. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bukan sahaja dalam dunia permainan, tetapi juga dalam kehidupan seharian sebagai pengguna digital yang bertanggungjawab.