Tarikh : 17 Mei 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas pangkalan data serta teknik penulisan arahan SQL yang betul untuk mengakses, mengurus dan memanipulasi data dengan lebih berkesan.
Aktiviti
NADI X Tiny Techies – Bengkel SQL telah berjaya dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memperkasakan kemahiran peserta dalam asas pengurusan data menggunakan Structured Query Language (SQL). Sepanjang bengkel, peserta mempelajari struktur asas seperti SELECT, WHERE, JOIN, dan GROUP BY, serta memahami bagaimana data digunakan dalam dunia sebenar, terutamanya dalam bidang teknologi dan analitik. Bengkel ini bukan sahaja memperkukuh asas teknikal peserta, malah membuka peluang untuk mereka meneroka potensi dalam bidang pengaturcaraan dan sains data. Diharapkan ilmu yang diperoleh menjadi langkah pertama ke arah penguasaan kemahiran digital yang relevan dan berdaya saing.