mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Kidventure – Webinar Perancangan Kewangan (Cohort 2)

Tarikh   : 17 Mei 2025

Masa    : 10.00 am – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Webinar ini dirangka khas bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas perancangan kewangan secara mudah dan menyeronokkan.

Aktiviti

NADI X Kidventure – Webinar Perancangan Kewangan (Cohort 2) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan peserta daripada kalangan murid sekolah rendah. Sepanjang sesi, peserta mempelajari konsep asas seperti menabung, membezakan keperluan dan kehendak, serta kepentingan mengurus wang dengan bijak sejak usia muda. Aktiviti interaktif dan contoh situasi harian turut digunakan bagi membantu peserta memahami topik dengan lebih mudah. Diharapkan program ini dapat menanam minat serta membentuk tabiat kewangan yang sihat dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah

Gambar di sini