mcmc
Laporan Aktiviti

NADI Nurture DiLea: English Proficiency – Pelajar Tingkatan 4 & 5 (Siri 7)

Tarikh   : 16-17 Mei 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Siri kali ini memberi penekanan khusus kepada peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris melalui platform pembelajaran dalam talian DiLea, dengan pendekatan interaktif serta sokongan berterusan daripada mentor berpengalaman.

Aktiviti

Telah berjaya dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada Program NADI X Nurture – DiLea April 2025 yang memfokuskan kepada penguasaan subjek-subjek teras bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5. Sepanjang program, pelajar didedahkan kepada teknik menjawab soalan peperiksaan, pengukuhan tatabahasa dan kosa kata, serta strategi komunikasi berkesan dalam Bahasa Inggeris. Pelaksanaan sesi sebanyak empat kali seminggu turut membantu pelajar membina disiplin belajar secara konsisten, selain meningkatkan keyakinan diri dalam menggunakan bahasa tersebut dalam konteks akademik dan harian. Diharapkan, usaha ini dapat menjadi asas kukuh kepada pelajar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta menyumbang kepada kecemerlangan mereka dalam peperiksaan yang akan datang.

Gambar di sini