mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Micro:bit & Robotik (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 4)

Tarikh   : 17 Mei 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Program Mentor Tiny Techies yang bertujuan memupuk minat pelajar terhadap bidang pengaturcaraan dan robotik sejak usia muda.

Aktiviti

Telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan peserta muda yang penuh semangat dan ingin tahu dalam dunia teknologi.

Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan kepada asas penggunaan Micro:bit, termasuk pengekodan mudah dan sambungan kepada komponen robotik asas. Mereka berpeluang mencuba sendiri aktiviti hands-on seperti membina dan mengawal peranti menggunakan kod yang ditulis sendiri, sekali gus menggalakkan pemikiran logik, penyelesaian masalah dan kreativiti.

Program ini bukan sahaja mengasah kemahiran teknikal peserta, malah memupuk keyakinan dan semangat kolaborasi melalui bimbingan mentor yang berpengalaman. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat menjadi pencetus minat berterusan dalam bidang STEM serta membuka jalan kepada peluang masa depan dalam dunia digital dan teknologi.

Gambar di sini