mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x CyberSecurity – Webinar : Manipulasi Siber : Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda?

Tarikh   : 17 Mei 2025

Masa    : 2.00 – 3.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Tujuan

Webinar ini menekankan bagaimana penjenayah menggunakan taktik psikologi untuk memperdaya individu dan organisasi, dengan tujuan mendapatkan maklumat sensitif atau akses kepada sistem.

Aktiviti

Telah berjaya dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang bahaya serangan siber yang bersifat manipulatif, khususnya melalui teknik kejuruteraan sosial.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk serangan seperti phishing, pretexting dan baiting, serta contoh-contoh kes sebenar yang menunjukkan betapa halus dan berkesannya manipulasi siber dalam dunia digital hari ini. Turut dikongsikan adalah langkah-langkah pencegahan yang praktikal bagi melindungi diri dan organisasi daripada menjadi mangsa, termasuk meningkatkan kesedaran, amalan keselamatan digital, serta kepentingan membina budaya keselamatan siber yang proaktif.

Diharapkan, ilmu dan pendedahan yang diberikan dapat membantu peserta menjadi lebih peka dan berdaya tahan terhadap ancaman manipulasi siber yang semakin canggih.

Gambar di sini