mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X LIFELONG LEARNING – Nurture DiLea : English Proficiency – Pelajar Tingkatan 4 & 5 (Siri 7)

Tarikh   : 23-24 Mei 2025

Masa    : 3.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan membina keyakinan pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis, selari dengan keperluan peperiksaan dan persediaan ke alam kerjaya atau pengajian tinggi. Melalui sesi Siri 7 yang dijalankan secara atas talian, pelajar diberi pendedahan kepada latihan praktikal, penggunaan kosa kata yang sesuai dalam konteks sebenar, serta strategi menjawab soalan dengan lebih berkesan.

Aktiviti

NADI Nurture DiLea: English Proficiency (Siri 7) telah berjaya dilaksanakan melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam satu lagi sesi pembelajaran yang interaktif dan bermanfaat. Siri ke-8 ini memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran bahasa Inggeris secara menyeluruh, termasuk aspek pemahaman, penulisan, serta komunikasi lisan. Dijalankan secara dalam talian, sesi ini membolehkan pelajar mengasah kemahiran bahasa dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mesra pelajar. Terima kasih kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang komited dalam menjayakan sesi kali ini. Teruskan bersama kami dalam siri-siri seterusnya untuk membina keyakinan dan penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih mantap!

Gambar di sini