Tarikh : 24 Mei 2025
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Webinar ini bertujuan memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan komuniti melalui pendekatan interaktif dan berstruktur, sejajar dengan usaha memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai medium perpaduan dan ilmu.
Aktiviti
NADI X Nurture : Program Khas DiLea – Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi Kedua telah berjaya dilaksanakan secara atas talian dengan sambutan yang menggalakkan daripada peserta pelbagai peringkat umur. Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan kepada aspek penting seperti penggunaan tatabahasa yang betul, gaya penulisan berkesan serta tips untuk meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan bertulis. Program ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada peserta dalam pembelajaran harian dan kerjaya, malah menyokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat ke arah melahirkan masyarakat celik bahasa yang lebih yakin dan kompeten.