mcmc
Laporan Aktiviti

(NADI X E-SUKAN) – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan (Stream & Content Creator Untuk e-Sukan)

Tarikh   : 24 Mei 2025

Masa    : 4.30 – 5.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi kerjaya dalam industri e-sukan, khususnya sebagai streamer dan content creator, selain memberi pendedahan terhadap etika, kemahiran teknikal serta strategi membina jenama peribadi secara berkesan.

Aktiviti

Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan: Stream & Content Creator Untuk e-Sukan telah berjaya dilaksanakan secara atas talian dengan penyertaan aktif daripada golongan belia yang berminat dalam dunia penstriman dan penciptaan kandungan digital. Peserta turut menerima pensijilan asas sebagai pengiktirafan penyertaan dan komitmen mereka dalam memahami ekosistem e-sukan secara lebih mendalam. Diharapkan program ini dapat mencetus minat baharu, membuka peluang keusahawanan digital serta memperkasakan komuniti belia untuk terlibat secara positif dan profesional dalam industri yang kian berkembang pesat ini.

Gambar di sini