Tarikh : 13 Jun 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pengetahuan asas kepada peserta tentang kandungan nutrisi dalam makanan, cara membaca label pemakanan dengan betul, serta kesan jangka panjang pengambilan makanan yang tidak seimbang terhadap kesihatan. Selain itu, webinar ini juga bertindak sebagai platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemakanan yang lebih bijak, seterusnya mencegah masalah kesihatan kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
Aktiviti
Program NADI X Wellbeing: (CARE) Webinar “Sihat Itu Pilihan: Kenali Makanan Anda” telah berlangsung dengan jayanya bersama Dr Rashida Safiuddin, Pegawai Perubatan, yang telah berkongsi pelbagai ilmu berguna berkaitan pemakanan sihat. Dalam era di mana istilah seperti ‘low fat’, ‘sugar-free’ dan produk makanan viral begitu mudah mempengaruhi keputusan harian kita, webinar ini tampil memberi pencerahan yang sangat diperlukan. Para peserta didedahkan kepada cara membaca label pemakanan dengan betul, tip mengawal pengambilan garam, gula dan lemak, serta fakta sebenar di sebalik mitos makanan yang kononnya sihat. Lebih penting, pendekatan yang dikongsi adalah praktikal dan realistik sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat tanpa tekanan atau kos tinggi.
Semoga perkongsian ini membuka ruang untuk kita lebih berhati-hati dalam membuat pilihan makanan, dan lebih sedar bahawa sihat itu bukan satu kebetulan, tetapi hasil daripada keputusan yang bijak. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai teruskan menyebarkan mesej kesedaran ini demi kesejahteraan bersama.