Tarikh : 10-13 Jun 2025
Masa : 3.00 – 4.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Fokus utama program ini adalah untuk memperkukuh kemahiran bahasa dari segi tatabahasa, pemahaman dan penulisan merupakan aspek penting dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu pelajar membina keyakinan dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap Bahasa Inggeris sebagai salah satu mata pelajaran teras.
Aktiviti
Sesi ini menyajikan kombinasi nota pembelajaran yang padat, video rujukan yang jelas serta kuiz pengukuhan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai topik dengan lebih baik mengikut keperluan silibus semasa. Walaupun tidak dijalankan secara langsung, pendekatan kendiri ini memberi ruang kepada pelajar untuk belajar mengikut kadar masing-masing, dalam suasana yang fleksibel dan tidak membebankan.