Tarikh : 17 Jun 2025
Masa : 9.45 – 11.15am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan peserta dengan ilmu asas dalam mengurus kewangan syarikat serta membina pelan perniagaan yang kukuh, sebagai langkah awal dalam membangunkan perniagaan yang mampan.
Aktiviti
Melalui sesi webinar ini, peserta didedahkan dengan teknik-teknik praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing. Mereka turut berpeluang menonton video keusahawanan dan mengakses kandungan podcast eksklusif sebagai bahan rujukan tambahan selepas sesi berakhir.
Semoga program ini menjadi pemangkin semangat kepada para peserta untuk terus melangkah ke hadapan dalam dunia keusahawanan dengan lebih yakin dan berilmu. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!