Tarikh : 18 Jun 2025
Masa : 9.00 – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan kebersihan dan keselamatan makanan selaras dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam sektor penyediaan dan pengendalian makanan.
Aktiviti
Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran NZ Bunga Venture telah berjaya dilaksanakan secara atas talian, melibatkan penyertaan individu yang ingin mendapatkan sijil pengendali makanan yang diiktiraf.
Melalui pelaksanaan secara dalam talian, peserta dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih fleksibel dari rumah masing-masing, tanpa mengabaikan aspek interaksi bersama tenaga pengajar. Kursus ini juga dilengkapi dengan sesi soal jawab dan penerangan yang jelas bagi memastikan pemahaman menyeluruh terhadap topik yang disampaikan.
Tahniah dan syabas kepada peserta yang telah berjaya melengkapkan kursus ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memastikan pengendalian makanan yang selamat dan berkualiti tinggi.