Tarikh : 19 Jun 2025
Masa : 9.45 – 11.15am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama slot ini adalah untuk membantu peserta memahami bagaimana kedua-dua aspek ini saling berkait dalam membina perniagaan yang mampan, bermula daripada strategi pemasaran yang berkesan hinggalah kepada pengurusan operasi yang teratur.
Aktiviti
Slot 5 NADI X Usahawan – Usahawan Edisi Ekspres diteruskan dengan gabungan dua komponen penting dalam dunia keusahawanan iaitu Pemasaran dan Operasi Perniagaan yang dikupas secara menarik dan mudah difahami oleh Encik Syaamil Razak.
Sesi ini memberikan nilai tambah kepada peserta dengan pendedahan praktikal tentang cara menyusun strategi pemasaran sambil memastikan operasi perniagaan berjalan lancar. Modul ini amat bermanfaat terutamanya kepada usahawan baharu yang sering bergelut mengimbangi dua komponen ini dalam perniagaan mereka. Bagi yang tidak sempat mengikuti sesi secara langsung, anda masih boleh menonton rakaman video dan podcast yang disediakan sebagai bahan ulangkaji. Terima kasih kepada semua peserta yang terus komited dalam program ini.