Tarikh : 20 Jun 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu peserta menyusun semula kefahaman asas serta memperkukuh kemahiran dalam penulisan dan penggunaan arahan SQL seperti SELECT, JOIN, GROUP BY, dan lain-lain melalui pendekatan praktikal. Peserta turut didedahkan dengan contoh situasi sebenar yang sering digunakan dalam dunia pekerjaan berkaitan data dan sistem maklumat.
Aktiviti
Bengkel Ulangkaji SQL telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian dengan penglibatan peserta yang aktif dan bersemangat untuk mengukuhkan pemahaman mereka dalam bidang pengaturcaraan pangkalan data.
Kelebihan utama program ini adalah pendekatan pembelajaran secara hands-on, sokongan berterusan daripada tenaga pengajar, serta suasana kelas yang santai tetapi fokus. Pelaksanaan secara online juga membolehkan penyertaan tanpa had lokasi dan lebih fleksibel dari segi masa.