Tarikh : 20 Jun 2025
Masa : 10.30 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Dewasa
Tujuan
Program ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja pejabat melalui rutin senaman ringkas yang boleh dilakukan terus dari tempat kerja – sama ada di bilik mesyuarat atau di meja sendiri.
Aktiviti
Bersama Coach Amirah, peserta diajar teknik senaman mudah tetapi berkesan untuk mengurangkan ketegangan otot, meningkatkan aliran darah dan membantu fokus mental sepanjang hari bekerja.
Antara kelebihan program ini ialah ia sesuai untuk semua peringkat kecergasan, tidak memerlukan peralatan khas, serta boleh disesuaikan mengikut ruang pejabat yang terhad. Pendekatan ‘group workout’ juga menjadikan aktiviti lebih menyeronokkan dan mendorong semangat berpasukan!