Tarikh : 23 Jun 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam dan jelas kepada pelajar tentang perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu dan faktor-faktor yang mendorong kebangkitannya.
Aktiviti
Melalui sesi yang dijalankan secara langsung, para pelajar berpeluang mendapatkan penjelasan secara terperinci, bertanyakan soalan, dan berinteraksi secara aktif bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Program ini turut memberi kelebihan dari segi pengukuhan pemahaman topik yang penting dalam mata pelajaran Sejarah, selain memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang lebih santai tetapi berfokus.